Pada tanggal 23.10.2009 bersamaan dengan hari Jumaat tepat pada jam 04:00 petang maka telah tercipta satu lembaran baru dimana YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan bajet bagi tahun 2010 dengan penuh semangat dan iltizam yang tinggi untuk membangunkan dan memacu Negara Malaysia dalam menjalankan amanah sebagai seorang khalifah yang telah di pertanggungjawabkan untuk memimpin Malaysia dalam mendukung wawasan 2020.
Banyak peruntukan telah diberikan kepada golongan yang memerlukan tidak terkecuali golongan belia yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan pada satu hari nanti.Walaupun ekonomi sekarang berada dalam keadaan yang kurang stabil segala peruntukan yang diberikan diharap dapat membantu meringankan beban yang terpaksa di tanggung oleh golongan belia kini.Ini bagi memastikan golongan belia juga di pandang sama taraf dengan peringkat golongan atasan.Tidak dinafikan suara belia pada masa kini amat bernilai dalam memastikan kelancaran perjalanan untuk memastikan wawasan 2020 terlaksana .
Pada pandangan saya banyak kebaikan dapat dilihat menerusi pemberian peruntukan yang diberikan kepada golongan belia antaranya dengan menukarkan ptptn kepada bentuk biasiswa sekiranya seseorang pelajar itu dapat menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama.Disini sudah dapat dilihat bahawa tujuan pemberian itu adalah untuk memastikan golongan pelajar berlumba-lumba untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama dan ini dapat meniup semangat pelajar-pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.Ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk melahirkan golongan belia yang celik ilmu dan melahirkan tenaga kepakaran yang profesional sebagai pelapis untuk meneruskan misi menjayakan matlamat Wawasan 2020.
Pada masa kini Syarikat-Syarikat Konsortium Bas Ekspres telah mengenakan surcas 100% harga tambang dan ini juga telah membebankan sebilangan besar pelajar-pelajar yang tinggal berjauhan untuk pulang ke kampung halaman.Dengan pemberian potongan 50% harga tambang Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB ) dilihat sebagai suatu inisiatif pihak kerajaan dalam membantu golongan pelajar.Dengan hanya perlu mendapatkan kad keahlian dimana –mana cawangan KTMB maka pelajar-pelajar akan diberikan kad keahlian untuk mengesahkan layak untuk mendapat potongan harga 50% daripada harga biasa.Sebagai antara salah seorang yang pernah menjadi pelajar dan tinggal berjauhan dari kampung halaman saya dapat melihat pemberian ini sebagai satu hadiah yang tidak ternilai.Sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos pengangkutan untuk balik bercuti berjumpa sanak saudara dan keluarga tercinta.
Malaysia bakal menjadi sebuah Negara ter maju menjelang tahun 2020 dan selaras dengan itu perkembangan ilmu ICT amatlah dititik beratkan .Kerajaan telah memandang serius akan hal ini selaras dengan itu kerajaan telah memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar untuk golongan belia di semua ipt dengan menyediakan talian langganan broadband pada harga mampu milik iaitu sebanyak RM50/sebulan berbanding harga biasa RM70-rm100/sebulan.Dengan ini golongan pelajar boleh mendapatkan langganan rangkaian akses internit pada kadar mampu milik.Dengan ini para pelajar dapat menggunakan rangkaian akses internit untuk kegunaan dalam mencari sumber maklumat pembelajaran yang diperlukan dimana-mana sahaja.Tidak dinafikan sekarang bidang IT merupakan salah satu faktor dalam menjadikan sebuah Negara itu di anggap Negara maju.Oleh itu amatlah rugi jika golongan belia tidak memanfaatkan peluang yang telah diberikan.
Dengan itu setinggi-tinggi penghargaan patut diberikan dan golongan belia harus membuka mata akan keperihatinan kerajaan dalam membantu semua golongan tidak kira diperingkat atas atau bawah.
Tetapi yang perlu diingatkan adalah bagaimana pihak kerajaan dapat memastikan peruntukan yang diberikan sampai kepada semua golongan yang layak menerima supaya tidak ada yang berasa ketidakpuasan hati kerana tidak dapat menikmati peruntukan yang di sediakan dan tidak pula wujud masalah birokrasi dalam mendapatkan hak yang sepatutnya dinikmati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan