8 Makanan Untuk Rambut Sihat..
1.Salmon
Salmon yang kaya denagn omega-3,vitamin b-12,dan zat besi memberi nutrisi pada kulit kepala.
2.Sayuran berwarna hijau tua
Contohnya seperti bayam dan brokoli sebab kaya dengan vitamin c dan a.Ia bertindak sebagai perapi secara semulajadi.Sayuran hijau tua juga kaya dengan zat besi dan kalsium.
3.Tiram
Bukan sahaja hebat sebagai pembangkit mood cinta , juga sangat baik untuk rambut kerana kandungan anti oksidan yang tinggi.
4.Biji-bijian dan kekacang
Biji-bijian seperti kacang merah kerana ia kaya dengan zat besi bagi mengelakkan rambut rapuh.Walnut pula mengandungi alpha-lino-lenic acid yang membantu memberikan kelembapan pada rambut.
5.Telur
Telur adalah penyedia protein yang baik, ia juga memiliki biotin dan vitamin b-12.
6.Makanan bijirin penuh
Roti gandum dan sereal gandum kaya dengan zat besi dan vitamin b.
7.Produk rendah lemak
Susu krim yogurt yang tinggi kandungan kalsium sangat penting untuk pertumbuhan rambut.
8.Lobak merah
Makanlah banyak lobak merah dan kulit kepala akan lebih sihat dan rambut akan bersinar sepanjang masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan