KEWAJIPAN SEORANG ISLAM
ANTARA AMALAN HARIAN YANG KITA PERLU LAKUKAN ADALAH SEPERTI:
1) MENDIRIKAN SOLAT LIMA WAKTU DIAWAL WAKTU.
2) MEMBERSIHKAN HATI DARIPADA SIFAT MAZMUMAH.
3) QIYAMULLAIL (SOLAT TAHAJJUD,HAJAT,TAUBAT DAN ISTIKHARAH).
4) BERPUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS.
5) MENGERJAKAN SOLAT DHUHA SETIPA PAGI.
6) BERSELAWAT KEATAS RASULULLAH S.A.W SEBANYAK 1,000 KALI SETIAP HARI.
7) MAKAN MAKANAN HALAL YANG JAUH DARIPADA SYUBHAH.
SELAIN DARIPADA ITU KITA JUGA WAJIB MEMELIHARA PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA ANTARANYA:
1) MENTAATI IBUBAPA DAN SENTIASA MENGELAK DARIPADA MENYAKITI HATI MEREKA.
2) SELALU MEMOHON KEMAAFAN DAN MENDOAKAN KESEJAHTERAAN IBUBAPA.
3) MENGHORMATI DAN SENTIASA MENDOAKAN GURU.
4) IKHLAS DALAM PERSAHABATAN.
5) SELALU TERSENYUM KEPADA SESAMA MUSLIM.
6) MENJAGA TUTUR KATA, BERCAKAP DENGAN LEMAH LEMBUT DAN BERHIKMAH.
7) MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MENYUSAHKAN ORANG LAIN SELAGI MAMPU BERDIKARI.
8) MENANAM RASA CINTA KEPADA SESAMA MUSLIM.
9) MEMOHON MAAF JIKA MELAKUKAN KESALAHAN.
SIFAT YANG WAJIB DIKETAHUI BAGI ALLAH S.W.T
-Sifat bagi Allah S.W.T yang wajib kita ketahui ada dua puluh sifat dan dihuraikan seperti berikut:
1. Wujud.
wujud ertinya Allah s.w.t itu wajib ada.Allah s.w.t adalah zat sebagai zat yang wajib wujud ertinya zat yang wajib ada .Wujudnya tidak seperti wujud diri kita yang baru (didahului oleh tiada)kerana diri kita yang ada ini adalah diadakan oleh Allah s.w.t.antara dalil wujudnya Allah s.w.t ialah FirmanNya yang bermaksud:
“dan daripada tanda-tandaNya(adanya Allah ialah)malam dan siang,matahari dan bulan,janganlah kamu menyembah kepada matahari atau bulan tetapi sembahlah kepada Allah yang Maha Mencipta semuanya itu jikalau kamu benar-benar menyembah.”
(surah al-fussilat : 37 )
2. Qidam
Allah s.w.t tiada permulaan wujudnya, Allah s.w.t tidak ada yang menjadikanNya dan tidak pula allah swt menjadikan diriNya sendiri.Wujudnya Allah s.w.t tidak didahului dengan tiada dan mustahil Allah s.w.t tiada.Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dialah Allah yang awal dan yang akhir serta yang batin,dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(surah al-hadid : 3 )
3. Baqa’
Tiada akhir wujudnya.wujudnya Allah s.w.t tiada kesudahan, Dia tidak didatangi oleh tiada, kerana kiranya harus berlaku sifat tiada bagiNya nescaya mustahil Dia bersifat Qidam.Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“tiap-tiap sesuatu pasti binasa kecuali Allah”
(surah al-qasas : 88 )
4. Mukhalafatuhu lil-hawadith
Kita wajib mempercayai bahawa Allah s.w.t itu tidak menyerupai dengan sesuatu apa pun.Allah s.w.t tidak menyamai segala sesuatu makhluk yang ada di bumi mahupun yang ada di langit.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Dia dan Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(surah asy-syura : 11 )
5. Qiamuhu bi-nafsihi
Allah s.w.t berdiri dengan sendiriNya.Bererti Allah s.w.t tidak berhajat kepada tempat dan penentu waktu.Ia tidak memerlukan zat tempat berdiri dan tidak memerlukan pencipta lain untuk menjadikanNya.Dia adalah bersifat qadim dan maha karya,tidak memerlukan pihak lain sejak mula hingga seterusnya makhluk semuanya berhajat kepadaNya.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“hai manusia ,kamulah yang berhendakkan kepada Allah,dan Allah Dialah yang Maha Karya (tidak memerlukan sesuatu )lagi Maha Terpuji.”
(surah al-fathir : 15 )
6. Wahdaniyah
Satu atau Esa dari sudut zat,sifat dan perbuatan.ZatNya tidak ada bandingan iaitu ia tidak tersusun dan terjadi daripada juzuk-juzuk sesuatu.Demikian juga tiada suatu pun yang sama dengan sifatNya iaitu Allah s.w.t tiada mempunyai dua sifat daripada jenis yang satu (sama)seterusnya tiada satu pun yang sama dengan perbuatan Allah s.w.t ,iaitu Allah s.w.t sahaja yang menjadikan alam ini.Tidak ada yang turut serta bersama Allah s.w.t menjadikan sesuatu.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“katakanlah Dialah Allah yang Maha Esa .Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”
(surah al-ikhlas : 1-4 )
7. Qudrat
Qudrat ertinya Allah s.w.t Maha Kuasa atas segala sesuatu.kita wajib mempercayai bahawa Allah s.w.t itu Maha Berkuasa,tidak lemah untuk melakukan apa juapun dan tidak bersifat kekurangan.Kekuasaan Allah s.w.t itu berlaku dalam semua keadaan sama ada untuk menjadikan sesuatu atau mentiadakan.Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“sesungguhnya Kami telah menciptakan langit dan bumi serta apa yang ada diantara keduanya dalam masa enam hari dan Kami tidak merasakan keletihan sedikitpun.”
(surah qaf :38 )
8. Iradat
Maksudnya Allah s.w.t berhendak iaitu menentukan sendiri mana yang akan terjadi atas sesuatu yang mungkin terjadi berbagai-bagai hal ke atasNya.Kehendak Allah s.w.t itu pasti terlaksana juga,dan tiada suatu pun yang dapat menghalangi kehendak Allah s.w.t.Jika Allah s.w.t menghendaki sesuatu ,maka sesuatu itu akan terjadi.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“sesungguhnya keadaannya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadNya : Jadilah,maka terjadilah ia.”
(surah yasin : 82 )
9. Ilmu
Allah s.w.t Maha Mengetahui segala sesuatu dan apa sahaja yang maujud baik di langit ataupun dibumi semuanya dalam pengetahuan Allah s.w.t.begitu juga apa yang telah berlaku,yang sedang berlaku,dan yang akan berlaku semuanya dalam pengetahuan Allah s.w.t.Allah s.w.t tidak pernah lupa dan Dia Mengetahui tidak dibatasi dengan masa dan tempat.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(surah al-mujadilah : 7 )
10. Hayat
Hayat ertinya hidup.Ia satu sifat yang wujud yang membolehkan zat yang bersifat denganNya bersifat dengan sifat-sifat yang lain seperti sifat Mengetahui,Mendengar,Melihat dan sifat yang seumpamanya.Hidup Allah s.w.t merupakan kehidupan yang paling sempurna.Hidup Allah s.w.t tidak berakhir dengan kesudahan atau kematian atau kebinasaan.Firman Allah s.w.t :
“dan bertawakkallah kepada yang Maha Hidup yang tidak akan mati.”
(surah al-furqan : 58 )
11. Sama’
Sama’ ertinya mendengar.Ertinya Allah s.w.t Maha Mendengar.Mendengar segala sesuatu yang maujud ini.Allah s.w.t mendengar tidak menggunakan sebarang alat penangkap suara,tidak menggunakan pancaindera atau sebarang alat pendengaran jauh seperti yang digunakan oleh manusia.Pendengaran Allah s.w.t tidak tertakluk kepada dekat,jauh malah pendengaran Allah s.w.t tidak memerlukan jarak jauh atau dekat.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia ,Dialah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(surah asy-syura : 11 )
12. Basar
Basar ertinya melihat.Penglihatan Allah s.w.t tidak menggunakan sebarang alat seperti manusia melihat menggunakan pancaindera atau pancaran cahaya.Ia tidak tertakluk kepada syarat dekat,jauh atau tidak ada sekatan atau dinding.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“janganlah kamu berdua takut,sesungguhnya Aku barsamamu,Aku mendengar dan Aku melihat.”
(surah at-taha : 46 )
13. Kalam
Kalam ertinya berkata-kata.Kalam ialah sifat azali ,berdiri dengan zat Allah s.w.t,tidak berhuruf,dan tidak bersuara,bersih daripada segala sifat-sifat hadis(baharu)yang disifati oleh kalam makhluk.Kitab-kitab Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi-Nabi adalah sebahagian daripada kalimat Allah s.w.t.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“dan sekiranya segala pohon yang ada dibumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta),dengan dibantu kepadanya tujuh lautan sesudah (keringnya)itu,nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah ditulis.sesungguhnya Allah Maha Kuasa ,lagi Maha Bijaksana.”
(surah luqman : 27 )
14. Kaunuhu Qadiran
Ertinya keadaanNya yang berkuasa.
15. Kaunuhu Muridan
Ertinya keadaanNya yang berkehendak.
16. Kaunuhu ‘Aliman
Ertinya keadaanNya yang mengetahui.
17. Kaunuhu Hayyan
Ertinya keadaanNya yang hidup.
18. Kaunuhu Sami’an
Ertinya keadaanNya yang mendengar.
19. Kaunuhu Basiran
Ertinya keadaanNya yang melihat.
20. Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya keadaanNya yang berkata-kata.